Kepelbagaian Budaya


KEPELBAGAIAN BUDAYA

PENGENALAN KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan . Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapatmemberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan laranganyang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan  
positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan  dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat dalam sesebuah budaya.

Nak tau lebih lanjut tentang budaya....jgn segan2... mai la klik sini

DEFINISI KEPELBAGAIAN BUDAYA 



Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budayapula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi danmenyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan“daya” 
Perkataan “budhi” yang dipinjamdaripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. 
Perkataan “daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh (Shamsul Amri baharuddin,2007:13).

Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan
budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh danmemainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara  Malaysia.  Fakta ini adalah hakikat  yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56).Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaumMelayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.

Mohd Taib Osman (1988) memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling

Budaya merupakan keseluruhan kompleks yangmengandungi ilmu  pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan (E.B. Taylor)

L.A. White memperlihatkan bahawa budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek (alat),idea, sentimen (nilai) yang bergantung kepada simbol-simbol.
(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon,2010:4-5) pula menyatakan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalamaspek politik, ekonomi dan sosial.

CIRI-CIRI BUDAYA
   1) Boleh dipelajari 
   2)Boleh dikongsi
   3) Bersifat sejagat
   4) Boleh diwarisi
   5) Sentiasa berubah
   6) Simbolik
   7) Pandangan semesta

Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu masyarakat. Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupuk  kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah dan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapa negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmoniaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negara di mata dunia.

Masih tak faham....cuba baca lagi kat sini

ASPEK PERBEZAAN KEPELBAGAIAN BUDAYA




1) Kepercayaan
v  Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.
v  Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).
v  Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

2) Agama
v  Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
v  Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan.  Namun begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.
v  Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam & dewa dewi dalam agama Hindu.
v  Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
 1. Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
                    2. Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan
     anggapan suci dan bersih terhadap agama.
3. Pernyataan seperti jampi, mantera dan kalimat suci.
4. Benda-benda material yang zahir seperti bangunan.  Contohnya masjid, gereja,
    azimat dan tangkal

3) Animisme
  v  Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai 
             merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia   
             primitif purba kala.
  v  Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan 
             tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar 
             semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat 
            dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali 
            dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

4) Semangat Padi
  v  Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari 
            zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang 
            mengawalnya.
  v  Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi 
            secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
  v  Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga
            perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin 
            pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

5) Mantera
  v  Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-
            kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.
  v  Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru 
            merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan 
            bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan 
            penuturnya.
  v  Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan 
            pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

6) Bahasa
  v  Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama 
            dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks (Cole 
            1998).
  v  Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.
  v  Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

7) Adat Resam
  v  Andersen and Taylor 2004;
     “Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.”
  v  Marsh and Keating 1996;
     “Norms are the unwritten rules that influence people’s behaviour.” 
  v  Resam membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.

8) Nilai / Kepercayaan
  v  Nilai dan kepercayaan saling berkaitan
  v  Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan. 
  v  Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam  
            sesebuah masyarakat. (tanggapan) seperti betul atau salah, cantik atau hodoh, baik atau 
            buruk
  v  Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.
Ø  Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
Ø  Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari  dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
Ø  Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.
  
9) Jantina
  v  The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior 
             that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).
  v  Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana 
             guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian 
             dengan jantina.
  v  Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan 
             perempuan yang begitu stereotaip.


ASPEK KEBUDAYAAN DALAM MATA PELAJARAN DI SEKOLAH


Tak berapa nampak i-think ni.....dekat sini ada dijelaskan dlm bentuk jadual...m/s 6 tau.. jom la tengok kat sini ... 

EMPAT PERANAN GURU YANG UTAMA

PERANAN GURU DALAM KELAS KEPELBAGAIAN BUDAYA



LANGKAH-LANGKAH MENYATUPADUKAN RAKYAT MELALUI MATA PELAJARAN




IMPLIKASI KEPADA KEPELBAGAIAN SOSIAL BUDAYA


Implikasi berlaku dari segi;
·                     Guru
·                     Murid
·                     Sekolah
·                     Kurikulum Tersembunyi

1) Guru

  Ø  Pengajaran
  Ø  Pembimbingan murid bermasalah
  Ø  Pentadbiran/pengurusan
  Ø  Fasilitator Perancangan
  Ø  Pengelolaan 
  Ø  Inavator
  Ø  Penilaian
  Ø  Pembentuk nilai
  Ø  Model
  Ø  Duta

Implikasinya:

      ·         Bangsa - mengajar tidak membezakan bangsa.
      ·         Kelas sosial - tidak mengajar mengikut kepentingan  kelas sosial.
      ·      Nilai - membantu murid memahami dan mengukuhkan sikap & tingkah laku yang baik.
      ·      Kepercayaan - tidak menyentuh sensitif agama.
      ·         Bahasa - jurang bahasa dialek   
      ·         Jantina - layanan berbeza & peka kepada keperluan gender.
      ·         Ketepatan masa dijadikan amalan yang dicontohi murid.
      ·         Membantu murid membuat pemilihan kerjaya.
      ·         Bertindak profesional dalam kerjaya.
      ·         Sentiasa meningkatkan diri dalam profesion perguruan.
      ·         Sentiasa menjadi guru terkini/ up to date.

 2) Murid

  Ø  Menghormati dan taat pada guru.
  Ø  Kerjasama dengan rakan & kakitangan sekolah.
  Ø  Berdisiplin, bermoral & beragama.
  Ø  Menyokong cita-cita sekolah.
  Ø  Rajin & berusaha dalam kelas.
  Ø  Berpakaian kemas & bersih. 
  Ø  Melaporkan kepada ibu bapa perkara mustahak.
  Ø  Perantaraan agen sosial sekolah.
  Ø  Bersedia terlibat dalam semua aktiviti sekolah.

 Implikasinya:
      ·       Bangsa- bersosial dalam kelompok sendiri atau bersama kelompok lain
      ·         Kelas sosial- golongan atasan dan bawahan.
      ·         Kepercayaaan- sosialisasi mengikut agama.
      ·         Bahasa- bahasa standard/dialek.
      ·         Jantina- seksualiti & interaksi antara jantina.
      ·         Demografi atau lokasi murid (bandar/luar bandar/pedalaman).
      ·         Sikap/tingkah laku murid.
      ·         Nilai yang dipegang/diamalkan.
      ·         Latar belakang keluarga/SES 

3) Sekolah

·         Institusi pendidikan formal yang menjadi tempat membentuk pemikiran, intelektual, tingkah
    laku & sikap murid bagi melahirkan genarasi seimbang dari segi JERIS.

Budaya Formal Sekolah
·                     Aspek ilmu
·                     Aspek fizikal
·                     Aspek sosial
·                     Aspek pentadbiran

Implikasinya;
·                     Bangsa- sekolah Melayu, Cina & India.
·                     Kelas sosial- sekolah bandar dan luar bandar.
·                     Kepercayaaan- sekolah agama.
·                     Bahasa- bahasa rasmi dan bahasa penghantar sekolah.
·                     Jantina- sekolah lelaki dan sekolah perempuan
·                     Sekolah agen perubahan.
·                     Sekolah tempat penyuburan budaya.
·                     Perpaduan
·                     Dasar-dasar kerajaan.
·                     Jenis Sekolah: harian, berasrama penuh, teknik, model khas & agama.

4) Kurikulum Tersirat

Ø  James (1986) – apa sahaja pelajaran yang diterima oleh murid di luar kurikulum nyata.
Ø  Chafel (1997) – norma, nilai & kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung.

Ciri-ciri Kurikulum Tersirat
      ·         Merangkumi pengalaman belajar.
      ·         Bersifat relatif & sukar diukur.
      ·         Merangkumi nilai.
      ·         Kewujudannya berbeza-beza.
      ·         Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum atau penilaian,
      ·         Jenis dan kategori berbeza mengikut institusi, tahap pembelajaran dan matlamat.

Implikasinya;
      ·         Bangsa- menerapkan nilai budaya masyarakat. 
      ·         Kelas sosial- pergaulan tidak mengikut jurang sosial.
      ·         Kepercayaaan- menekankan nilai keagamaan.
      ·         Bahasa- menghormati bahasa rasmi, ibunda, dialek & bahasa orang lain.


1 comment:


  1. saya IBU ENDANG/SURWANTO seorang TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran hongkong
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
    MBAH KASSENG
    NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

    ReplyDelete