TMK


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM   PENDIDIKAN

     Apakah Itu TMK????
  
          ICT dapat ditakrifkan sebagai Pelbagai bentuk peralatan dan sistem yg digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik.  Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yg lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998)

               Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.  
  
               Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.


     Contoh-contoh Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Terdapat pelbagai jenis dan sumber teknologi maklumat dan komunikasi yang terdapat di negara kita. Antaranya ialah:



       3 Dasar utama Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan yang digariskan oleh   Kementerian Pelajaran Malaysia (2003)



Antara peranan pihak-pihak berkenaan seperti pihak kementerian pelajaran,pihak sekolah atau guru besar, pihak guru dan pihak NGO dan swasta

Peranan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia




Peranan guru besar


Peranan Guru


Peranan pihak NGO dan swasta


k     PERKEMBANGAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN


                 Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah. 

                  Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim et al. 1996).

                      Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000. Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Jamaludin Badusah (2000)



















(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama TMK dalam pendidikan. Pertama literasi TMK untuk semua pelajar,Kedua mengutamakan peranan dan fungsi TMK sebagai kurikulum dan alat P&P.Ketiga penggunaanTMK untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan. Beberapa manfaat TMK dalam pendidikan diantaranya:

  • Berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran
  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan
  • Meningkatkan motivasi murid
  • Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
  • Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan
  •  Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau mustahiil dilakukan dengan cara biasa       
  • Meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid
  • Memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima.
  •         Meningkatkan kemahiran TMK

              Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran  . Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang TMK yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.


Setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Begitu juga dengan penggunaan TMK dalam bidang pendidikan. Di bawah adalah antara kekurangan penggunaan TMK dalam bidang pendidikan.



Masalah dalam penggunaan TMK dalam bidang pendidikan

Isu-isu, Cabaran dan Impak Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Untuk bacaan dan nota yang lebih lanjut sila klik sini     http://www.slideshare.net/norhisham/teknologi-maklumat-untuk-pp

1 comment: